Telefon Terlaris Di Dunia

nokia1100Handphone berjenama Nokia merupakan jenama yang cukup popular pada satu ketika dahulu menawarkan telefon mudah alih yang lasak serta dijual dengan harga mampu milik. Pada era itu, kecanggihan teknologi pada telefon mudah alih ketika itu terbatas kerana tidak mempunyai sistem rangkaian internet yang luas dan juga tidak sistem WiFi.

Tahukah anda, Nokia 1100 merupakan handphone paling laris di dunia yang berjaya dijual sebanyak 250 juta unit pada tahun 2003 dan berjaya dijual sebanyak 1 Billion pada 2005 unit di seluruh dunia. Walaupun Apple berjaya menjual iPhone 6s dan 6s Plus sebanyak 13juta unit dalam masa 3 hari, ia sebenarnya tidak mampu mengalahkan Nokia 1100 yang dikeluarkan pada 2003 dan diberhentikan operasi pengeluarannya sekitar tahun 2009.
Nokia 1100 menjadi popular kerana ia merupakan handphone yang boleh diubahsuai menjadi alat penggodam seperti memintas panggilan dan mencuri data dari pengguna yang lain. Terdapat satu berita yang mengatakan, telefon Nokia 1100 yang sudah diubahsuai dijual dengan nilai €20000 (RM 98800) dipasaran gelap. Jika anda mahir dalam pengubahsuaian handphone, mungkin ini membolehkan anda kaya cepat dengan menjual telefon yang ketinggalan zaman ini.