Satu persetujuan telah dapat dicapai diantara 12 menteri perdagangan dari rantau Asia-Pacific yang diketuai Amerika Syarikat dan terdiri dari Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, Japan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, and Vietnam.
Perjanjian perdagangan ini merupakan antara perjanjian terbesar semenjak 20 tahun yang lepas dan merupakan matlamat jangka masa panjang pentadbiran Obama.
Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) ini bakal merangkumi 40 peratus daripada ekonomi dunia.
Eksport Amerika Syarikat ke negara TPP berjumlah $727 billion pada tahun 2014 yang merupakan 45 peratus dari barangan eksport Amerika Syarikat.
Apa Maksud TPPA
TPPA adalah perjanjian terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA menjadikan kesemua 12 negara yang terlibat boleh berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka.
Senarai Negara Terlibat Perjanjian TPPA
Malaysia
Australia
Brunei
Kanada
Chile
Jepun
Mexico
NewZealand
Peru
Singapore
Vietnam