Tips Untuk Menguruskan Badan Dengan Pantas

kurusKesihatan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan serta gaya hidup yang sihat dan seimbang. Menurut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini hampir 60% rakyat Malaysia ialah dari golongan yang obesiti atau berat badan berlebihan. Kita perlu memupuk gaya hidup yang sihat agar masalah ini dapat dikurangkan.

 

Cara-cara bagaimana untuk menguruskan badan dengan pantas :-

1. Mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi atau yang berkanji.

Makan nasi sekali dalam sehari sudah memadai untuk keperluan tubuh badan kita. Kadar pengambilannya juga perlu sederhana supaya tidak terlalu sedikit atau terlalu banyak.

2. Memperbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Kandungan serat atau fiber di dalamnya dapat melancarkan sistem kumuh badan manusia. Paling penting serat tidak dapat menggemukkan dan menyihatkan badan kita.

3. Sarapan pagi dengan meminum kopi atau jus buah-buahan

Lemak di dalam badan akan lebih mudah terbakar dengan meminum kopi. Serta jus buah-buahan dapat menyegarkan tubuh badan kita.

4. Jangan mengamalkan tabiat memakan jajan atau snek di waktu malam sebelum waktu tidur.

Badan akan menyimpan lemak pada waktu malam, lebih-lebih lagi semasa waktu tidur kerana tiada apa-apa aktiviti yang akan dilakukan semasa kita  tidur.

5. Berhenti atau kurangkan meminum air berkarbornat

Ini adalah kerana kandungan gas yang terdapat di dalam air itu akan mengembungkan perut. Ini akan mengakibatkan reaksi emosi yang akan mendorong kita untuk makan dengan lebih banyak.

6 Amalkan meminum air teh hijau ( Green tea ) setiap kali selepas kita makan.

Ianya dapat membantu proses pembakaran lemak setiap kali selepas kita makan.

7. Ketika bangun tidur amalkan cara dengan bangun secara bangkit tubi ( Sit up ).

Duduk tenang dalam 30 saat kemudian teruskan dengan senaman bangkit tubi 10 kali sebanyak 3-5 set. Amalan ini dapat memecahkan sebahagian lemak dengan pantas di bahagian perut kita( Tummy ).

8. Melakukan Lompat bintang ( Star jump ). 

Di syorkan Iaitu sebanyak 20 hingga 25 kali setiap jam.

 

9. Memperbanyakkan  meminum air limau ais.

Air sejuk dapat memaksa tubuh kita agar membakar lebih banyak kalori.

 

10.Berjalan atau mendaki selama 10 hingga 15 minit selepas makan.

Disyorkan kerana ianya dapat membakar sukurang-kurangnya 100 kalori setiap kali.

 

Kaedah-kaedah tersebut adalah cara paling mudah dan pantas untuk menguruskan badan dan kita juga  tidak perlu lagi berdiet dan bersenam dengan teruk dan susah.