Tidur Dengan Lampu Masih Terpasang Dan Kesannya

lampunyalatidurSetelah penat bekerja seharian, rutin tidur malam adalah masa untuk badan kita berehat dan menjana semula tenaga untuk memulakan hari yang baru keesokan pagi. Tidur malam penting untuk memastikan badan kita kekal sihat. Jika kita tidak cukup tidur, badan akan berasa letih dan lesu. Tumpuan pada aktiviti seharian pun akan berkurangan.

Bercakap tentang tidur, ada antara kita yang suka tidur dengan lampu bilik yang masih terpasang. Terutamanya yang takut gelap. Betul tak?

 

Namun mungkin kita tak tahu bahawa tidur malam dengan lampu menyala sebenarnya memberi kesan buruk kepada kesihatan kita.

Bahaya Tidur Malam Dengan Lampu Terpasang

1) Tidur dengan lampu yang terpasang sebenarnya merangsang pembentukan sel kanser.

2) Tidur dengan lampu yang masih menyala juga akan membuatkan otak terus bekerja dan tidak dapat berehat. Ini berpunca kerana otak memberi respon kepada cahaya.

Jadi untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan kesihatan yang optimum, matikanlah dulu lampu sebelum tidur.