Bahaya Menghadap Kipas Angin Semasa Tidur

tidurkipasMemang syok kalau tidur menghadap kipas angin. Pasti ramai yang gemar tidur sebegini terutamanya ketika musim panas. Namun tanpa kita sedar, perbuatan itu sebenarnya membahayakan diri kita sendiri.

Aliran angin dari kipas angin yang sedang berputar laju boleh menyebabkan kita menghadapi kesukaran bernafas. Tak percaya? Cuba buka tingkap bila kereta sedang bergerak laju. Terasa pernafasan kurang lancarkan bila angin bertiup ke arah muka. Begitu jugalah halnya bila kipas angin diarahkan ke muka. Akibat aliran angin yang kencang, maka sukar untuk kita menghirup oksigen dan menyebabkan kita sukar untuk bernafas seperti biasa.

 

Lebih memburukkan keadaan jika kita memasang kipas angin mengarah ke wajah kita dengan pintu bilik dan tingkap yang tertutup rapat. Selain lebih sukar untuk bernafas, suhu badan kita juga akan turun dengan cepat. Secara lazimnya bila kita sedang tidur, suhu badan kita akan menurun dengan perlahan-lahan.

 

Tetapi bila kita tidur menghadap kipas angin selain suhu badan akan turun, nafas dan denyutan jantung pun akan menjadi lambat. Dan selain itu tekanan darah juga akan menurun. Ia tidak ubah seperti kita berendam dalam air sejuk untuk tempoh yang lama. Keadaan sebegini boleh menyebabkan pernafasan kita menjadi lemah dan jantung tidak dapat berfungsi dengan betul dan ini boleh mengakibatkan kematian.

Jadi memang bahaya kalau kita tidur dengan bilik dan tingkap yang tertutup rapat sambil menghadap ke kipas angin. Lebih-lebih lagi jika kipas angin dengan kelajuan maksimum diarahkan ke wajah kita.