Ais Dan Kesihatan

aisSelain daripada menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan, ais juga mampu mengurangkan rasa sakit yang menyerang tubuh.
Berikut beberapa cara bagaimana untuk sihat dengan menggunakan ais sahaja.
1. Jika punggung anda berasa sakit, letakkan ais pada bahagian yang sakit. In shaa Allah rasa sakit tersebut akan beransur hilang seiring dengan cairnya ais tersebut.
2. Bagi anda yang mengalami sakit kepala atau migrain, bolehlah mencuba meletakkan ais di dalam plastik dan sapukan pada belakang leher serta pelipis. In shaa Allah ianya akan membantu meredakan sakit yang dialami.
3. Untuk kulit yang digigit serangga, bolehlah menyapukan ais pada bahagian yang bengkak selama 10-15 minit. In shaa Allah, bengkaknya akan cepat surut.