Kembung Perut Dan Atasinya Dengan Halia

haliaAntara kebaikan halia ialah mengurangkan masalah kembung perut. Jika anda sering menghadapi masalah kembung perut, amalkan petua ini.
Caranya, ambil halia bersaiz sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk, tetapi jangan sampai lumat. Masukkan ke dalam gelas dan tuangkan air yang panas mendidih anggaran setengah gelas.
Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum, manakala selebihnya disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega. Selamat mencuba.