Khasiat mentega kacang

kacangmentega

Ramai mengatakan mentega kacang merupakan makanan berkalori tinggi sama seperti kita memakan roti dan mentega. Namun, anda salah jika menganggap mentega kacang tidak baik untuk kesihatan. Mentega kacang boleh memberi anda tubuh badan yang sihat terutamanya dengan pengambilan mentega kacang yang kurang gula dan minyak tambahan.

Mari lihat kebaikan mentega kacang untuk kesihatan:

Kaya protein
Adakah anda tahu 24 peratus daripada satu balang mentega kacang diperbuat daripada protein? Protein membantu mengekalkan ketahanan tubuh dalam membina dan memulihkan tisu otot. Kandungan protein dalam mentega kacang agak tinggi iaitu dua sudu makan mentega kacang bersamaan dengan 7 gram protein yang menjadikan mentega kacang adalah pilihan terbaik untuk snek.

Mengandungi lemak baik
Kesalahan yang seringkali dikatakan oleh orang ramai ialah mentega kacang tidak baik untuk tubuh kerana kandungan lemak di dalamnya. Sebenarnya, lemak yang terdapat dalam mentega kacang tersebut adalah lemak tak tepu. Lemak tak tepu boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah selain memberi nutrien yang cukup kepada tubuh untuk merendahkan risiko penyakit jantung.

Sumber vitamin dan mineral
Mentega kacang merupakan sumber vitamin E dan B6, zat besi, folat, kalsium dan penuh dengan Niacin yang memainkan peranan penting dalam merembeskan hormon seks dan mencegah daripada penyakit Alzheimer.

Kandungan serat yang tinggi
Tubuh badan manusia memerlukan serat untuk mengawal sistem penghadaman untuk organ dalaman yang sihat. Serat juga berupaya mengawal perut anda sewaktu kenyang. Kandungan protein dan serat yang tinggi mampu mengawal paras gula dalam darah lebih-lebih lagi jika anda menghidap kencing manis.