Siapa kata amalan pembuka pintu rezeki hanyalah hal-hal yang berkaitan dengan ikhtiar dan usaha kita dalam berniaga? Banyak hal-hal yang kita tidak amalkan namun ternyata menjadi amalan kunci pembuka pintu rezeki yang sangat luar biasa!
Berikut ini ada 15 amalan pembuka pintu rezeki yang wajib dicuba oleh setiap dari kita yang yakin kepada Allah. rasakan perbezaannya turunnya rezeki selepas melakukan ke-15 poin berikut ini:
1. ISTIGHFAR DAN TAUBAT
Allah SWT berfirman: “Maka Aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada allah SWT, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. “(Qs. Nuh: 10-12).
2. TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
“… Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
3. TAQWA KEPADA ALLAH SWT
Allah berfirman: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. “(Qs. Ath-Thalaq: 2-3)
4. JANGAN SEKALI-KALI LUPA UNTUK MENUNAIKAN IBADAH KEPADA ALLAH SWT
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. “(Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah ra)
5. BERUSAHA DAN BERIKHTIAR SEBAIK-BAIKNYA
“Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya.” (QS. Ar-Ra’du: 11)
6. TAWAKAL KEPADA ALLAH SWT
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sungguh, seandainya kalian betawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung, mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.” ( Ahmad dan Tirmizi).
7. BERIBADAH SEPENUH HATI & KHUSYUK’
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman,” Wahai anak Adam, beribadahlah sepenuhnya kepadaKu, nescaya Aku penuhi (hatimu) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika kalian tidak lakukan yang sedemikian, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak aku penuhi keperluanmu (kepada manusia). “(Tirmizi, Ahmad, dan Ibnu Majah).
8. SILATURRAHIM Rasulullah SAW
bersabda, “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaknya ia menyambung (tali) silaturahim.” (HR. Bukhari).
9. BERBUAT BAIK: KEPADA ORANG TUA, SAUDARA MARA, SAHABAT, KERABAT DAN ORANG2 YANG LEMAH
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah tdk akan zalim pd hambanya yg berbuat kebaikan. Dia akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan akan dibalas dengan pahala di akhirat. (HR. Ahmad) Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, hendaklah ia berbakti kepada kedua orang tuanya dan hendaklah ia menyambung silaturahmi.” (HR. Ahmad). Rasulullah SAW bersabda, “Bantulah orang-orang lemah, kerana kalian diberi rezeki dan ditolong lantaran orang-orang lemah di antara kalian.” (Muslim dan An-Nasa`i).
10. MEMUDAHKAN KESULITAN ORANG LAIN
Rasulullah SAW bersabda: “Allah ta’ala menolong seorang hamba selagi hamba tersebut menolong sesamanya.” Beliau juga bersabda: “Barang siapa menolong saudaranya yang membutuhkan maka Allah ta’ala akan menolongnya.” (HR. Muslim).
11. BERINFAQ DAN SHADAQAH
Allah SWT berfirman, “Katakanlah: ‘Sesungguhnya Robb ku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki Nya di antara hamba-hamba Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki Nya)’, dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya. “(Qs. Saba`: 39).
12. SELALU MENUNAIKAN SOLAT DHUHA
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
13. BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku sangat keras. “(Ibrahim: 7). “… Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
14. BANGUN PAGI
Fatimah (Puteri Rasulullah) berkata bahawa apabila Rasulullah melihatnya masih terlentang di tempat tidurnya di pagi hari, beliau (SAW) berkata kepadanya, “Puteriku, bangunlah dan saksikanlah kemurahan hati Allah, dan janganlah menjadi seperti kebanyakan orang. Allah membahagikan rezeki setiap harinya pada waktu antara bermulanya subuh hingga terbit matahari. “(HR. Al-Baihaqi).
15. SELALU BERADA DALAM KEADAAN BERWUDUK
Rasulullah SAW bersabda, “Senantiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
~MARI AMALKAN INSYAALLAH ALLAH AKAN MEMBUKA PINTU REZEKINYA PADA HAMBANYA YANG BERTAQWA =)