Kebaikan Habbatus Sauda Terhadap Tubuh Badan

habbatussaudaKhasiat Habbatus Sauda. Tahukah anda apa itu habbatus Sauda dan juga khasiatnya yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Mungkin ramai yang telah mendengar akan kelebihan habbatus sauda melalui berbagai produk yang telah dipasarkan. Kenapa ianya bagus? Jom kita lihat kelebihan tumbuhan ini.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:

”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

 

Antara Kelebihannya adalah

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah. Jadi kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi mesti mengambil pemakanan yang mengandungi habbatus sauda.

 

Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain. Selain itu ianya berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

Sebagai bahan peningkat imunisasi. Habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Ianya juga mampu menghalang pembentukan sel-sel tumor. Baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

 

Habbatus Sauda mempunyai nilai makanan yang tinggi yang mengandungi berbagai khasiat seperti

  • monosaccharide glukosa, xylosa
  • polysaccharide
  • fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA).
  • EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi.