Ketahui Bahaya Aluminium Foil

foilSalah satu kegunaan aluminium foil ialah untuk membalut makanan sebelum digrill. Tidak kurang juga yang menggunakannya untuk membalut lain-lain bahan mentah atau makanan lain.

Namun begitu, perlu berhati-hati menggunakan aluminum foil sekiranya membalut atau membungkus makanan seperti berikut:

  • asam jawa
  • sos marinade
  • bahan mentah yang mengandungi kepekatan asid yang tinggi (selalunya makanan yang masam)

Pernahkah anda perhatikan, sebahagian makanan yang dibalut dengan aluminium dalam tempoh agak lama kelihatan berlubang-lubang kecil ataupun mempunyai tanda berbintik. Ia berpunca dari tindakbalas asid di dalam makanan tersebut dengan aluminium.

Sekiranya kita tidak menyedari, ketahuilah bahawa aluminum merupakan logam aktif yang bertindak balas dengan asid dari makanan yang dibalut tersebut telah meresap ke dalamnya. Kemudian ia dimasak dan dimakan oleh kita.

Mungkin ada yang bertanya?, adakah bahaya termakan aluminium?

Aluminium bukanlah mineral yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya logam aluminum banyak memasuki tubuh, ia dibimbangi akan menjejaskan sistem ketahanan tubuh. Sentiasalah berwaspada!