Sentuhan Tangan Yang Membawa Bahaya Kepada Badan

jangansentuh5 Bahagian Badan yang Bahaya Disentuh Dengan Tangan | Tangan sememangnya suatu anugerah Allah SWT untuk kita melakukan segala aktiviti menggunakannya. Namun, tanpa disedari, tangan juga mempunyai bakteria dan kuman yang boleh merosakkan sesuatu anggota badan.
Ketahui bagaimana tangan boleh membahayakan pada anggota badan yang lain.
Mata
Jangan sentuh atau menggosok matanya dengan tangan. Hal ini disebabkan oleh mata sangat mudah terdedah kepada jangkitan. Jika mata tidak selesa, basuh terlebih dahulu tangan anda dan barulah menyentuhnya.
Muka
Menyentuh atau memegang kulit muka dengan tangan yang kotor akan mengakibatkan jerawat dan mengakibatkan kuman merebak. Cuba jangan menyentuh muka selain ingin mencuci muka.
Telinga
Elakkan memasukkan jari ke dalam telinga. Lapisan nipis telinga boleh terkoyak jika anda cuba menjolok atau memasukkan jari ke dalam lubang telinga.
Hidung
Selalu menarik hidung? Berasa tidak selesa dengan hidung? Berhati-hati jika memasukkan jari ke dalam hidung kerana ia boleh membawa bakteria berbahaya. Jadi, jangan korek hidung ya!
Mulut
Suka gigit jari atau masukkan jari ke dalam mulut? Masukkan jari ke dalam mulut adalah berbahaya. Mulut adalah satu kawasan yang mengandungi banyak kuman. Silap nanti, boleh mengakibatkan virus ‘sakit mulut’.
Boleh nak sentuh kelima-lima bahagian ini dengan jari atau tangan, namun dinasihatkan agar membasuh terlebih dahulu dengan bersih sebelum dan selepas menyentuhnya.