6 TIPS CANTIK BUAT MUSLIMAH

muslimah

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik:

Cuci muka minimum 5 kali sehari, iaitu dengan air wudhu. Jangan dikeringkan dengan kain atau tuala, biarkan air itu menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress:

Stres adalah salah satu penyebab kedut dan kerut pada wajah.

Perbanyakkanlah aktiviti fizikal. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh tubuh. Sampaikan segala keluh kesah kita kepada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda:

Senyumlah. Senyum di bibir, senyum di hati. Sentiasa berkata kepada diri sendiri bahawa kamu adalah cantik dan tidak memerlukan pembedahan plastik. Baca juga doa setiap kali bercermin:

” Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik ”

4. Untuk mendapatkan bibir cantik:

Selalulah bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak bercakap bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing:

Lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, hari Isnin dan Khamis. Makanlah makanan yang halal, banyak sayuran, buah-buahan dan air putih.

6. Untuk mengembangkan potensi dan keupayaan diri:

Sebarkan salam dan sapaan, maka dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi ramai.

Wallahualam.

2,432 total views, 1 views today