MAKANAN PERLU ELAK KETIKA DATANG BULAN

aiskrimTahukah anda terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan ketika datang bulan. Jom ketahui makanan apa dan kenapa perlu dielakkan mengambilnya.
Daging
Daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan pada senggugut anda. Anda boleh mengantikan daging berlemak dengan ayam ataupun ikan.
Ais Krim
Produk tenusu mengandungi lemak. Ia memberi kesan sama seperti daging.Oleh itu, sekiranya anda hendak makan aiskrim, pilih aiskrim yang tidak mengandungi susu.
Minuman Tenaga
Minuman tenaga mengandungi kafein dan tidak elok diambil oleh wanita yang datang bulan. Minuman tenaga juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh menyebabkan perut anda bertambah sakit.
Coklat/Biskut/Kek
Makanan bergula dikatakan boleh meningkakan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut jadi lebih teruk.
Snek/Kerepek
Snek seperti kerepek mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembang.
Kopi
Kopi mengandungi kafein. Ia boleh menyebabkan senggugut. Untuk menggantikan kafein, anda boleh bertukar kepada teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

2,189 total views, 1 views today