Khasiat Buah Delima Yang Perlu Diketahui

delimaKetahui Khasiat Buah Delima. Tahukah anda buah delima mempunyai banyak kebaikan kepada tubuh badan lelaki dan wanita. Buah ini juga adalah buah dari syurga dan ada disebut dalam al-quran mengenai buah ini.

 

Allah SWT berfirman:
“Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” [QS. Al-‘An`am ayat 141]

 

Tahukah anda bahawa buah Delima mengandungi banyak potassium yang sangat tinggi. Buah ini juga mengandungi mineral seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium serta vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.  Sodium yang bertindak dengan potassium dapat mengawal keseimbangan air dalam tubuh dan menjaga denyut jantung agar tetap normal.

Apakah khasiat yang terdapat dalam buah delima untuk kecantikan , kesihatan lelaki dan wanita.

Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Kepada yang bekerja atau sering terlibat dengan aktiviti luar disarankan memakan buah delima.

Kepada yang ingin sentiasa nampak muda buah ini mampu membantu untuk anda awet muda. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

Kepada yang menghadapi masalah rambut gugur, amalkan memakan delima atau jus delima. Ianya dapat membantu menguatkan akar rambut anda.

Jaga sistem penghadaman anda sebaiknya. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit. Buah delima juga boleh merawat sembelit.

 

PETUA RAWAT SEMBELIT DENGAN BUAH DELIMA
Campur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan atau jus buah delima ke dalam satu gelas. Minum secara rutin.

 

Mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

Mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Mencegah lebih baik dari mengubat.

Banyak lagi sebenarnya khasiat buah delima kepada kesihatan tubuh badan termasuk kepada kesihatan lelaki, wanita hamil, kanak-kanak dan sebagainya.

Kepada lelaki , jom kita lihat apakah yang anda akan dapat jika mengamalkan memakan atau minum jus delima.

Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.

Jika anda mahu kekal power tanpa sebarang masalah, pastikan anda jaga pemakanan anda. Antara yang terbaik disarankan adalah delima.

Kepada ibu-ibu mengandung pula, buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memahami serba sedikit kelebihan buah dari syurga ini. Banyak lagi kelebihan dan khasiat delima, sekadar memberikan beberapa maklumat berkaitan. Semoga memberi manfaat buat semua.

483 total views, 1 views today