Kelebihan Agung Umat Islam Jika Meninggal Dunia Di Mekah Dan Madinah

mekahBagi seorang tetamu Allah yang hadir ke Tanah Suci Mekah biarpun untuk tujuan menunaikan umrah atau pun haji biasanya pasti tersemat impian untuk menemui ajal dan meninggal dunia di sana.
Biasanya jika meninggal dunia di Mekah atau Madinah, jenazah umat Islam berkenaan tidak akan dihantar pulang ke negara masing-masing dan akan dikebumikan di bumi suci berkenaan.

 
Ia dianggap oleh umat Islam sebagai peluang suci untuk hambaNya disemadikan di Mekah.
Jika jenazah meninggal dunia di sana, jasad akan dikebumikan tanpa sebarang tanda seperti di Malaysia atau batu nisan.
Ahli keluarga tidak akan dapat menziarahi kubur jeneazah berkenaan kerana tidak diketahui di mana lokasi kuburnya.

 
Dalam Islam ada hadis Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang menyebut mereka yang meninggal di Madinah akan diberikan syafaat oleh baginda pada hari kiamat.
“Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah, Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana,” maksud sabda Nabi.
(Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

 
Menurut riwayat al-Tabarani pula, baginda bersabda :
“Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Madinah, meninggallah di sana.
“Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah kepadanya pada hari kiamat.”
(Sabiq, 2000: I: 522-24)

 
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.

 
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat.
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat (Makkah,Madinah) yang baik.

 
Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Mekah.
Semoga kita termasuk di kalangan yang bernasib baik di beri peluang untuk disemadikan di tanah suci Makkah atau Madinah.

2,878 total views, 2 views today