Kelahiran Bayi Serta Fakta Menarik Mengenainya

nsvd1[1]

Sesungguhnya pengalaman orang bersalin ni lain2…ada yg diberi laluan mudah, tak kurang juga yg diuji dengan kesakitan…yg pasti mereka yg telah bergelar ‘Umi’, ‘Ibu’, ‘Mama’, ‘Mak’, ‘Mek’ sudah merasai dan mengalaminya…dan selepas itulah kita akan berfikir begitulah sakitnya saat ibu kita melahirkan kita…oleh itu, berbuat baik lah kepada ibu yg telah bergadai nyawa nak melahirkan kita ke muka bumi ini…Di sini sy kongsikan fakta tentang kelahiran…marilah kita lihat dengan mata hati kita (*_*)
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkan pahala menunaikan haji.
Ya Allah…lihat la betapa Allah itu maha pengasih & penyayang sifatnya…setelah diberinya kesakitan, dihadiahkan pula dengan pahala…bersyukurlah sekiranya kita bergelar wanita…kerana nikmat itu Allah berikan kepada kita, tidak kepada lelaki…

3,581 total views, 3 views today