Kebaikan Buah Kiwi Kepada Tubuh Padan

kiwiKhasiat Buah Kiwi Untuk Tubuh Badan. Pernahkah anda makan buah kiwi? Tahukah anda bahawa buah kiwi mempunyai berbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan? Jom kita lihat bagaimana buah ini membantu anda menjaga tubuh dan kesihatan.

 

Buah kiwi boleh membantu sistem pencernaan kita agar lebih baik. Kiwi merupakan sumber serat. Hal ini untuk mencegah sembelit dan masalah pencernaan. Selain itu mengandungi enzim yang dapat membantu mencerna makanan sama seperti buah betik dan nanas.

 

Buah Kiwi mengandung kalium yang dikenal sebagai mineral penurun tekanan darah tinggi atau Anti-hipertensi . Kalium juga penting untuk menjaga fungsi otot dan gerak reflek sistem saraf. Kalium juga berperan menjaga keseimbangan air di dalam tubuh.

 

Buah Kiwi kaya dengan asam folat yang baik untuk ibu hamil untuk mencegah cacat pada otak atau saraf tulang belakang bayi. Buah Kiwi juga dapat membantu mengatasi kekurangan zat besi pada wanita.

 

Buah Kiwi merupakan sumber potasium rendah garam yang berpotensi memberi manfaat dalam menjaga tekanan darah dan kesihatan jantung anda. Mampu juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

 

Banyak lagi kelebihan yang terdapat pada buah kiwi ini yang mampu memberikan anda sumber pemakanan yang sihat untuk tubuh badan. Kiwi adalah buah yang mempunyai kandungan vitamin C paling tinggi berbanding buah-buahan lain.

797 total views, 3 views today