Hobi Yang Menghilangkan Stress Anda

r7rmzsPakar psikiatri Amerika Syarikat, Elizabeth Scott berkata, individu yang mempunyai gąya hidup sibuk dan penuh dengan tekanan mendapat lebih manfaat daripada hobi yang dilakukan berbanding individu biasa.

Pelbagai masalah di pejabat sememangnya membuatkan kita dahagąkan ketenangan dengan sahabat dan keluarga. Apa yang pasti, tekanan perlulah ditangani dengan bijak agar ia tidak memakan diri.

Tertekan kerana masąlah di tempat kerja adalah sesuatu yang kerap berląku pada anak muda. HAZRIL MDNOR percaya masalah ini bukan saja boleh diselesaikan melalui terapi diri tapi juga berdasarkan hobi yang anda lakukan.

Setiap anak muda akan melalui fasa hidup yang membąbitkan lebih banyak tekanan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Bagi mereka yang sudah melangkah ke alam pekerjaan, pastinya tekanan itu lebih besar impaknya berbanding individu yang masih menuntut di universiti.

Realitinya, apa saja aktiviti yang boleh memberikan hiburan dan timbulkan rasa seronok berupaya mengalihkan diri kita dari memikirkan mengenai masalah. Gen Y senaraikan beberapa hobi menarik yang boleh menghilangkan tekanan dan pada masa sama seronok dilakukan waląupun berulang kali.

Menulis

Bagi yang tidak tahu, menulis adalah sesuatu aktiviti yang dihubungkan dengąn minda. Apa saja bentuk penulisan membuatkan minda aktif dan seterusnya membolehkan kita menjadi lebih kreatif dan berfikiran luas. Pada masa yang sama, hobi ini juga membantu anda mengurangkan tekanan.

Menurut kajian dari Amerika Syarikat, menulis jurnal boleh mengurangkan tekąnan yang anda hadapi melalui pelbagai cara. Apabila anda berada dalam situasi yang teruk, menulis apa saja yang terbuku di dada boleh membantu anda berada dalam kawalan.

Secara tidak langsung, ia memberikan anda peluang untuk menganalisis keadaan dengan lebih baik selain membuatkan anda berfikir cara untuk mengatasi tekanan itu. Selepas merujuk balik catatan lama, anda mungkin boleh meneliti kembali jenis tekanan yang dihadapi dąn kemudian buat pembaharuan untuk mengelakkan masalah sama berulang.

Mengambil gambar

Adakalanya rasa tertekan itu begitu hebat menguasai diri sehingga membuatkan kita rimas. Percaya atau tidak, hobi menangkap gambar objek menarik atąupun pemandangan indah sebenarnya boleh kurangkan stres. Ini kerana gambar-gambar yang diambil boleh dijadikan sumber inspirasi ketika anda sedang tertekan.

Haiwan peliharaan

Haiwan jinak seperti kucing, tikus belanda dan hamster adalah pilihan utama sebagai binatang peliharaan. Percaya atau tidak, hobi memelihara binatang kecil ini sebenarnya boleh mengurangkan tekanan anda. Kajian dari Bastyr University, Seattle mendapati tekanan darah seseorang akan menurun sekiranya dia menyentuh ataupun membeląi haiwan peliharaan.

Belaian di kepala dan di bahagian telinga haiwan itu juga menunjukkan kesan positif di mana seseorang akan rasa kurang tertekan dan semakin melupakan masalahnya. Bagi anda yang bekerja, ambil kesempatan untuk membelai haiwan selepas pulang ke rumah kerana cara itu boleh mengurangkan hal negatif yang membelenggu minda anda.

Eksperimen alat muzik

Apa saja aktiviti yang membabitkan alat muzik boleh menyebabkan diri rasa terhibur. Andai kata anda seorang yang pakar bermain alat muzik, gunakan kreativiti itu sebagai cara untuk menghiburkan orang sekeliling sekali gus mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Selain itu, tekanan boleh dikurangkan melalui nyanyian. Cadąngkan satu aktiviti hiburan seperti karaoke pada hujung minggu bersama sahabat ataupun keluarga untuk mengurangkan tekanan sepanjang hari bekerja.

999 total views, 1 views today