Cara Untuk Sayur Sentiasa Segar

sayur-kangkungPetua Sayur Sentiasa Segar. Sayur-sayuran adalah bahan makanan yang mempunyai khasiat yang berbagai. Agak rugi jika kita bukan tergolong dalam kelompok yang pengemar sayur. Mungkin ada antara anda yang membeli sayur dalam kuantiti yang banyak untuk simpanan jangkamasa panjang kerana mungkin kekangan masa menghalang anda untuk ke pasar setiap hari. Mungkin anda pernah mengalami masalah sayur cepat layu walau disimpan dalam peti sejuk. Disini kami kongsikan petua buat anda.

 

Petua dibawah sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang sukar dicari. Sekadar menggunakan kertas surat khabar dan plastik hitam.

 

CARA-CARA MENGEKALKAN KESEGARAN SAYUR

1. Basuh sayur sehelai demi sehelai sehingga bersih.

2. Lap sayur anda menggunakan tisu atau tuala sehingga kering.

3. Bungkus sayur menggunakan kertas surat khabar.

4. Akhir sekali, masukkan bungkusan sayur tadi ke dalam plastik hitam. Ikat rapat-rapat. Anda akan dapati sayur anda akan tetap segar biarpun tersimpan lama di dalam peti sejuk.

Dengan empat langkah mudah diatas, anda mampu mengekalkan sayur dalam keadaan segar dan tidak layu. Selamat mencuba.

1,767 total views, 2 views today