Cara Terbaik Menjaga Buah Pinggang Anda

Tips-Jaga-Buah-Pinggang

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita bolehlah melaksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout:

 

  1. Minuman kosong yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
  2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
  3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
  4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
  5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
  6. Elakkan memakan makanan rapu/jajan seperti twisties, chikadess, o ring dsb
  7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
  8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
  9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  10. Elakkan chokolat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
  11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
  12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
  13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
  14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
  15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
  16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
  17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
  18. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderm.
  19. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  20. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  21. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
  22. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
  23. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
  24. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
  25. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  26. Elakkan jering, petai dan kerdas
  27. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit, boleh gantikan dengan minyak zaitun.
  28. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
  29. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
  30. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
  31. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
  32. Elakkan sayuran jeruk
  33. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
  34. Elakkan telur masin
  35. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
  36. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England
  37. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
  38. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
  39. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
  40. Kurangkan makanan bersantan
  41. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

 

  1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.
  2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
  3. Makan peria dan peria katak
  4. Amalkan sayur Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
  5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
  6. Minyak jagung
  7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
  8. Delima
  9. Epal hijau 2 biji seminggu
  10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
  11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
  12. Garam kasar menggantikan garam halus
  13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
  14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

2,801 total views, 1 views today