11 Kelebihan Minum Teh Hijau

green-tea1. Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan  Anda Tinggi, badan lebih cepat ‘memproses’ lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori Pada tubuh .

 

2. Baik Untuk Pesakit Diabetes
Teh Hijau juga membantu mengawal kadar glukosa  dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak berlebihan.

 

3. Pesakit Jantung.
Para saintis percaya Teh Hijau sangat bermanfaat kepada saluran darah dan injap darah, saluran darah akan menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

 

4. Mengurangkan Risiko Barah Esofagus
Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai Mampu membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang Ada berdekatan dengannya.

 

5. Mengawal  Kolestrol
Teh Hijau Berkesan mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan Anda .

 

6. Alzheimer dan Parkinson
Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko  penyakit Merbahaya Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

 

7. Elak Reputan pada Gigi
Satu Kajian  Telah menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida “catechin” dalam teh hijau boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.

 

8. mengurangkan risiko  Tekanan Darah.
Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

 

9. Hilangkan Tekanan Perasaan
Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan Yang tenang kepada peminum teh.

 

10. Antibakteria.
‘Catechin’ dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai  Jenis penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit Yang Merbahaya.

 

11. Bagus Untuk  Penjagaan Kulit
Teh Hijau mampu Membantu  mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan Pada Kulit Muka Dan Tubuh, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari,

681 total views, 1 views today